My Blog List

Friday, March 11, 2011

NT2007 - Royalmix KP Complex


RoyalMix KP Complex untuk orang dewasa adalah minuman kacang soya berasaskan kalsium bernutrisi protein tinggi. Diformulasikan daripada kacang soya terpilih berkualiti tinggi dan aneka ramuan semula jadi penting. RoyalMix KP Complex adalah cara yang sedap lagi mudah untuk mendapatkan dos menyihatkan protein soya, frukto-oligosakarida, kalsium, fruktosa, bran beras, madu dan lesitin serta bermacam-macam nutrien lain bagi memberikan anda minuman bernutrisi istimewa yang meningkatkan kesejahteraan diri anda. RoyalMix KP Complex tidak mengandungi perisa tiruan, pengawet tiruan atau pewarna tiruan dan merupakan campuran bahan-bahan semula jadi sepenuhnya. Kandungan yang lebih tinggi kalsiumnya memberikan rangsangan yang sangat diperlukan untuk gigi dan tulang yang lebih kuat. Minuman unik ini juga memberikan rasa hebat yang menjadikannya minuman kegemaran setiap hari! 

30 sachet x 28g
 RM79(WM)
RM 83(EM)

Thursday, February 24, 2011

NT3204 - Kacip Fatimah Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee


Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee dirumus khas sebagai makanan tambahan kesihatan yang ideal untuk wanita. Kacip Fatimah - atau Labisia Pumilia adalah tumbuhan herba kecil yang diambil meluas oleh wanita selepas proses kelahiran. Jeli Raja memang diketahui merupakan salah satu makanan semula jadi yang hampir lengkap. Ianya adalah bahan putih seperti susu yang dirembeskan oleh lebah pekerja. Jeli Raja adalah makanan eksklusif ratu lebah. Ratu lebah boleh membawa 2000 telur yang hampir dengan berat badannya sendiri. Ia boleh hidup selama hampir 5 tahun sementara lebah pekerja hanya hidup selama 3 bulan sahaja. Kesan ini membuktikan manfaat Jeli Raja. Ginseng pula menolong memperbaiki keberkesanan fizikal. Dengan pengambilan harian Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee yang tetap, anda boleh membekalkan rangsangan tambahan kepada kesihatan umum anda ! 

RM94(WM) 
RM94.60(EM)

Thursday, February 17, 2011

NT3202 - Tongkat Ali Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee


Bagi mereka yang mencari kombinasi makanan tambahan kesihatan dengan manfaat kesihatan, Tongkat Ali dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee adalah pilihan yang amat disyorkan. Diadun secara sinergi, rumusan 3 bahan penting istimewanya - Tongkat Ali, Jeli Raja dan Ginseng menawarkan gabungan tiga ramuan yang berkesan untuk membekalkan tubuh anda rangsangan berkhasiat yang diperlukan. Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia adalah herba tradisional yang digunakan dengan meluasnya secara tradisional untuk meningkatkan paras tenaga dan stamina. Jeli Raja adalah sumber khasiat semula jadi yang kompleks untuk merangsang tenaga dan kesihatan. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan asid amino, Vitamin A, C, D, E dan B-kompleks, mineral-mineral surih dan asid lemak. Ginseng, herba purba yang begitu popular telah lama diiktiraf sebagai memiliki nilai kesihatan. Komponen utamanya, ginsenosida, dipercayai merupakan komponen yang mempengaruhi prestasi fizikal. Satu lagi komponen penting, polisakarida, dipercayai kerap digunakan sebagai tonik umum kerana ciri-ciri menyegarnya. Ginseng banyak kegunaannya dalam ubat-ubatan tradisional. 
 
RM94(WM) 
RM94.60(EM)


Sunday, February 13, 2011

NT2006 - Royalmix BD Complex


Minuman berkhasiat yang lazat, berasaskan sayuran dan dirumus untuk pertumbuhan kanak-kanak, RoyalMix BD Complex mengandungi sekumpulan vitamin dan mineral penting yang membantu membina ketahanan semula jadi tubuh manusia. Ia adalah minuman serbuk berasaskan bijirin dan soya, yang mengandungi bijirin menyelerakan. Ia cepat dan mudah disediakan, memberikan pemakanan menyihatkan kepada kanak-kanak bagi menguatkan, mengaktifkan dan menyihatkan tubuh mereka. Pengambilan RoyalMix BD Complex secara tetap memberikan nutrisi penting kepada kanak-kanak termasuklah lecithin dan kalsium yang tinggi untuk mengawalaturkan, menyelenggarakan dan menguatkan kesihatan mereka serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik. Sesuai diambil pada bila-bia masa, siang atau malam. Antara lain, RoyalMix BD Complex mengandungi lesitin soya, ekstrak kacang soya, germa gandum, madu, jeli raja, Vitamin C, Bifidus dan banyak nutrien penting lain. 

30 sachet x 28g 
RM67(WM) 
RM71(EM)

NT3205 - Vitamin C Zhubee


Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksida dan membantu menentang antigen - bahan-bahan yang membawa penyakit kepada badan. Vitamin C juga diperlukan untuk fungsi-fungsi lain dalam tubuh seperti membantu mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan keseluruhan badan. Satu sebab mengapa anda perlukan pengambilan tetap Vitamin C ialah kerana ia merupakan vitamin yang boleh larut dalam air. Ini bermakna, mana-mana Vitamin C yang tidak digunakan oleh tubuh anda disingkirkan setiap hari daripada tubuh anda melalui air kencing. Kerana itulah anda memerlukan makanan tambahan Vitamin C yang berkualiti seperti Vitamin C ZhuBee untuk mengekalkan paras Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh anda. Ambillah Vitamin C ZhuBee setiap hari mengikut dos harian yang disyorkan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan nikmati kesihatan dan kecergasan yang lebih baik dengan produk yang dicipta khas untuk anda.

80 Tablet
 RM24(WM) 
RM24.60(EM)